Temasya Olahraga Tahunan ke 39 dah tamat.Kali ini aku telah 'dipaksa' untuk menyertai TOT bahagian kecemasan.Kiranya aku akan menjadi ahli st John.Amekaw,budak kelana disuruh merawat orang sakit.Aku keberatan nak join sebab tiada pengalaman.Tapi,tolong kawan punya hal,aku merelakan diri untuk disenaraikan dalam list sukarelawan.
Yang aku pelik,sukarelawan adalah kerja secara ikhlas tanpa sebarang imbuhan /ganjaran.Tapi,aku dapat tahu bahawa duit & baju akan diberikan.Aiks,aku confuse di situ ya.Tapi,nak buat macam mana kan kalau orang dah beri.Tak yah lah nak tolak.Rezeki dah ada kat depan mata..hiks..
Pada sebelah pagi,tak ramai atlet injured.Kami tunggu punya tunggu,tak ada kerja nak buat.Bosan duduk kat tengah-tengah padang.Kawan aku kata memang bosan sebab tak banyak pun acara sebelah pagi.Biasanya,diorang akan busy bila acara pecut.Masa tulah,semuanya kelam kabut.Aku dengar sambil senyum-senyum.Dalam hati,alah kan ramai sukarelawan.Kenapa pula,sampai kelam kabut.Lepas tu,kami juga akan dibantu oleh paramedic USM.
Jam hampir mencecah pukul 5 petang,acara larian sebatu tuanku berlansung.Kami duduk sambil bergurau-gurau.Tiba-tiba,seorang lelaki menjerit ke arah kami "medic..medic..cepat,ada orang pengsan".Aku dan 4 orang kawan berlari ke arah orang pengsan.Kaki dia terseliuh.Aku yang blur,duduk dan bukakan kasut lelaki tu.Kawan aku ambil ais batu dan letakkan di bahagian yang terseliuh.
Paramedic arahkan aku mengambil stretcher untuk angkat lelaki tu ke ambulance.Aku pun berlari mengambilnya ke dalam khemah.Penat juga lah berlari dan mengangkat stretcher tu.Satu istilah yang aku belajar hari tu.hehe..
ni lah STRECHER..sebelum ni,aku memang tak tau nama benda ni..memang ketinggalan zaman..
Lepas tu,ramai pulak yang pengsan & injured.Semuanya perempuan dan kami memang kekurangan member.Patutlah kawan aku kata kelam kabut.Aku pulak dapat pesakit yang sangat teruk kerana otot kawan cina tu dah koyak.Apalagi,aku mula takut nak rawat macam mana.Aku just letakkan ais batu kat bahagian paha dan lutut.Lepas tu,aku urut dan bukakan plaster.Nasib baik,kakak paramedic cepat-cepat membantu.Kalau tak,aku tak tau lah nak buat apa lagi.
Air aku pun habis sebab bagi minum kat pesakit.Tapi,aku lega dan puas hati sebab aku ada peluang untuk rawat orang.Aku memang tiada basic untuk rawat orang sebab aku hanyalah ahli KELANA SISWA.Bukan St John @ PBSM.Apapun,pengalaman tu penting..betul tak..hihi.
Rugi rasanya tak ada ilmu untuk kecemasan.Best juga kerja ni sebab boleh menjadi JURURAWAT walaupun hanya sehari.So,mungkin aku akan masuk aktiviti kesukarewanan lepas ni..Insyaallah..amin.
Air aku pun habis sebab bagi minum kat pesakit.Tapi,aku lega dan puas hati sebab aku ada peluang untuk rawat orang.Aku memang tiada basic untuk rawat orang sebab aku hanyalah ahli KELANA SISWA.Bukan St John @ PBSM.Apapun,pengalaman tu penting..betul tak..hihi.
Rugi rasanya tak ada ilmu untuk kecemasan.Best juga kerja ni sebab boleh menjadi JURURAWAT walaupun hanya sehari.So,mungkin aku akan masuk aktiviti kesukarewanan lepas ni..Insyaallah..amin.

